About Me

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
just a normal person with a lot of love to share and to feel....Luv U Luv Me...

Wednesday, July 22, 2009

Rinduku.............Ya Rabbi......................







RINDUKU…YA RABBI….

Bergetar bibirku,
Melafazkan kalimah indah dari Mu,
Tersentak jantung ku,
Mendengar alunan
Irama kalimah mu,
Kerana aku tahu…Hati ku selalu…
Melupakan Mu…

Kau Yang Maha Esa….
Kaulah Yang Berkuasa…
Memaafkan hati ku yang alpa…
Hati ku yang leka
dengan…
Keindahan dunia….
Ciptaan Mu….
Ya Allah………………………

Ampunkan lah aku….
Kerana kejahilan diri…
Kerana kelemahan ini….
Mengabaikan Penciptaku….
Yang Maha Esa….
Ya Rabbi…..hanya kepadamu…..
Aku melafazkan kata rinduku….
Bertemu Mu….
Ya Illahi…………………

Bibirku melafazkan….
Kalimah akulah hambamu….
Mengakui Keesaan Mu….
Tapi jasad ku,
Meninggalkan suruhan Mu….
Mengabaikan larangan Mu….
Kejahilan Ku…Ya Rabbi…
Kejahilan Ku….Ya Rabbi….
Kejahilan Ku…..
Terimalah Rinduku Ya Rabbi…
Terimalah Cintaku Ya Rabbi….

Kekuasaan Mu Ya Illahi,
mengizinkan ku….
Menikmati dan merasai
Kesempurnaan Fantamorgana Mu…..
Yang melekakan Ku…
Aku hamba Mu yang jahil,
Aku hamba Mu yang alpa,
Menjunjung Keesaan Mu Ya Allah….
Memohon kepada Mu Ya Rabbi….
Terimalah Taubatku…..
Sambutlah…..
Rinduku…..Ya Rabbi………..

No comments:

Post a Comment